welcome to aini nordin blog

Epalocians Family

Epalocians Family

Saturday, May 23, 2009

filem Jangan Pandang Belakang Congkak


POSTER FILEM


SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK


Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.


Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.


Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.


Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.


Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.


Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.


Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.


Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.


Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika? Nantikan filem ke 31 dari MIG Production Sdn Bhd., JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK.


Metrowealth (MIG) akan muncul dengan filem terbaru berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham. Filem bergenre komedi seram ini telah menjalani pengambaran di sekitar negeri Perlis dan telah berakhir di Alor Setar. Termasuk promosi dan pengedaran Jangan Pandang Belakang Congkak dijangka menelan kos sebanyak RM1.6 juta.


Filem ini membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi.


Jangan Pandang Belakang Congkak merupakan sebuah filem yang akan membawa konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre dengannya adalah, ia menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton.


Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu - Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.


Jangan Pandang Belakang Congkak akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 4 Jun ini.


TRAILER FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK






Thursday, May 14, 2009

berita yang menyedihkan




AL-FATIHAH..

last thursday terkejut giler biler dengar berita that my atuk sedara meninggal coz sakit jantung. terkejut pun sbab bru jew jumpe die 1 week ago.. huh kuasa Allah xda sape dapat lawan kan.. da smpai masa untuk die pergi kita as his family doakan je arwah supaya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aminnn.. to all allayarham's family, harap tabah n sabar dengan dugaan Allah. yang pergi kita redha kan. kita yang masih hidup harus terus hidup seperti biasa. actually, arwah meninggal pun after kes dengki dari some1 yang wat penyakitnya semakin parah. pada yang wat camtu pada allayarham harap cepat la bertaubat. kita hanya mengambil iktibar..



OMG..

pada hari yang sama jugak i get bad new from Melbourne that my lovely abg sakit. me shock again. he fall in his bathroom when he want to solat subuh. actually he was sick a few weeks. hope he will back normally. sihat sejahtera hendaknya..

Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHER's DAY..



PUAN ZAINI BINTI HASSAN



to my beloved mom, PN ZAINI BINTI HASSAN. i proud to be ur daughter.. mak da jaga orang dari kecik smpai da besar. act, me xpenah berpisah ngan mak lama2. but 16 Mei ni i akan berpisah ngan mak for continue my study at Pandan Jaya. i can't live without my mom & family. sure i akan nangis selalu teringatkan mak. but i must go for my future. hopefully i get ketabahan unuk hadapi all of this problem.


my mom always perfect for me. she always care about all her children & her family. hardworkng, patient, nice, honest with everything she do for us..



I LOVE U MOM..


SYURGA KITA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.. JANGAN LA SESEKALI MENYAKITI HATINYA ATAU MEMBUAT DIA MENITISKAN AIR MATA. KERANA SETITIK AIR MATA IBU BAKAL MENGUNDANG DOSA KEPADA KITA SEBAGAI ANAK..





betapa sayangnya ibu kita kepada kita.. ia amat menyentuh hati setiap anak



"Kepada semua baca kisah asal usul pengertian "HARI IBU" yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU PADA TUHAN" yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu. Jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertentu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut. "


Birrul Waalidain


Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]



Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


Allah telah memerintahkan kita untuk sentiasa berbakti terhadap orang tua kita melalui firman-firmanNya yang mulia dan melalui sabdaan kekasihNya Junjungan Nabi s.a.w. Antaranya ialah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Isra.. ayat ke 23 yang berbunyi:-


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…”

Saturday, May 9, 2009

~AWAY~




me back to seremban today for cousin wedding





SEREMBAN... I COME!!!!

Friday, May 8, 2009

dafi - baby harus bersama









Baby Harus Bersama - Dafi





Semenjak Pertemuan Pertama
terasa Sesuatu Dihatiku
berdegup Jantungku berdebar laju
melihat wajahmu ku merasa layu
apakah Cinta pandangan Pertama
akan Membawa mendekati dirimu kasih
harus ceritanya begitu...




Chorus :


Coz, baby harus bersama
merasakan cinta yang di terima
jiwamu dan jiwaku bersama
terima cinta cintaku cintamu




Coz, baby harus bersama
Hingga akhir hayatkan berdua
jika kita tahu mencintai cinta ini
untuk kita berdua...Jika cinta disatukan
kau dan aku dapat rasa
cinta yang sejati
ibarat rumie dan julie
mereka berjanji
cintai cinta selamanya...




gambar hiasan 1


gambar hiasan 2

p/s : lagu ini merupakan original version. so enjoy this song.



Tuesday, May 5, 2009

filem SYURGA CINTA

Filem terbaru arahan Ahmad Idham bertajuk "Syurga Cinta" menarik perhatian saya untuk buat posting tentang filem ni after tengok this film's behind the scene. cita ni memang best sangat. actually, this film for the first time menampilkan bintang bertudung dari AF5 iaitu Heliza & si kecil comel adik Haziq from Tom Tom Bak. nak tau pe jadi pada percintaan Irham & Syuhadah nantikan tayangan di pawagam2 terdekat pada 21 Mei ini..


poster 1


poster 2

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.


Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.


Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.


Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya. Melihat ‘ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.


Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.


Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma “suka-suka” dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.


Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA…. Mei ini..