welcome to aini nordin blog

Epalocians Family

Epalocians Family

Sunday, February 1, 2009

apabila lelaki benar-benar jatuh cinta

cinta biasanya sangat sinonim dengan wanita atau perempuan yang mengharapkan cinta dari sang kumbang..lelaki pula tidak mudah jatuh cinta jika dia tidak benar2 mencintai wanita/perempuan tersebut. tapi apabila mereka telah jatuh cinta, apa pun akan mereka lakukan untuk membahagiakan hati kekasihnya.. apakah ciri2 lelaki benar2 jatuh cinta?? adakah ciri2 ini ada pada teman lelaki anda??


1. sikapnya yang selama ini tidak ambil kisah mengenai diri kamu sudah berubah. dia semakin menunjukkan sikap penyayang dan ambil berat.

2. dalam sehari berkali2 dia menelefon & sms kamu. mahu keluar makan tengah hari bersama teman sepejabat pun dia beritahu kamu.

3. kamu perlu kerja lebih masa, si dia sanggup menemani kamu di pejabat, risau keselamatan kamu.

4. kamu tidak sempat keluar makan tengah hari bersama teman, dia sanggup hantarkan makanan.

5.sering kali dia melakukan kejutan untuk kamu.

6. sejak akhir2 ini sebelum tidur dia menelefon kamu. tandanya dia sudah memikirkan kamu sebagai teman hidupnya.

7. sebelum ini dia suka membawa kamu keluar hingga larut malam, kebelakangan ini dia mula hantar kamu pulang ke rumah lebih awal. jangan fikir negatif, maknanya dia mula menjaga kamu untuk dijadikan suri hidup.

8. si dia mula menceritakan mengenai keinginannya membina keluarga & masa depan. bermakna dia benar2 mencintai kamu & mahu kesudahan yang baik bersama kamu.

9. apabila si dia bersedia memperkenalkan kamu kepada keluarganya, ini bermakna dia sedang memikirkan hubungan yang lebih jauh bersama kamu.

10. setiap kali kamu mahu pulang ke kampung, dia lah orang yang terlalu risau keselamatan kamu sepanjang perjalanan. bermakna dia benar2 menyayangi kamu.


lelaki memang tidak mudah jatuh cinta. tetapi apabila cinta itu mula berputik di sanubari & jiwa lelaki mereka, semua menjadi indah tentang cinta pada mereka. jadi hargai lah lelaki yang mencintai anda. jangan menolak cinta mereka tanpa mengira ketulusan cinta mereka.



zwani.com myspace graphic comments
Graphics for I Love You Comments