APRIL FOOL'S day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (MOORS) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati & berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. penduduk Muslimin ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. pada masa ini lah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya juga telah musnah dibakar. pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya lelaki, perempuan serta kanak-kanak kecil. peristiwa sedih yang bersejarah ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi serata dunia sebagai APRIL FOOL'S day. yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan APRIL FOOL'S day. yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut merayakan APRIL FOOL'S day tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN beramai-ramai SAUDARA seISLAM mereka sendiri.
::semoga ALLAH sentiasa membuka pintu taubat kepada mereka::