welcome to aini nordin blog

Epalocians Family

Epalocians Family

Tuesday, December 22, 2009

Best Student Lim Kok Wing ][DAFI][

AHLI Majlis Universiti LimKokWing, Senator Tan Sri
Jins Shamsudin menyampaikan Diploma Seni Reka
Muzik dan Bunyi kepada Dafi di majlis Konvokesyen,
semalam.





CYBERJAYA: Dengan meletakkan bapa sebagai inspirasi, Gaddafi Datuk Seri Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi, 21, dipilih pelajar terbaik Akademi Senireka Muzik dan Bunyi LimKokWing sempena majlis Graduasi Kelas 2009 Universiti LimKokWing, di sini semalam.

Lebih membanggakan, majlis yang berlangsung di kampus universiti itu turut dihadiri Ismail yang juga Ahli Majlis universiti berkenaan.

Bintang Akademi Fantasia 5 yang popular dengan single pertama, Bila Terasa Rindu itu, berkata sifat tidak putus asa bapanya memberi inspirasi untuknya berjaya dalam bidang yang diceburi.

"Bagi saya, bapa seorang ahli politik yang berjaya dan kecekalannya menjadi pendorong kepada saya. Saya juga ingin berjaya sepertinya, bukan dalam bidang politik tetapi dalam bidang yang amat saya minati iaitu muzik," katanya.

Seramai 567 pelajar universiti terbabit, termasuk 60 peratus pelajar antarabangsa menerima diploma dan ijazah pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Presidennya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing.

Anugerah Datuk Seri Najib Razak dalam bidang kreativiti dan inovasi diterima Keith Aloysious Soertsz, Mohamad Suaidy Mohd Kamaruzzaman, Niran Vicktor Benjhamin dan Ong Shiou Meng.


p/s : salah 1 artikal yng mnyiarkan tntang kejayaan Dafi sbagai Best Student LKW.. congrates Dafi ats kjayaan anda.. we all proud with u.. Dafi mmng Baekk Punyerr!!! baru2 ni me ke majlis ulngthun klhiran Dafi yg ke 21 "Dafi 21". Dafi mmng da bnyk imprvemnt now.. he better & better now.. cngrtes again Dafi.. BANGGA WITH DAFI!!! BAEKK PUNYERR!!!